LATAR BELAKANG

FUNGSI

Pejabat ini menjadi urus setia kepada Lembaga Pengampunan Negeri. Disamping itu, jabatan ini juga mengendalikan Majlis Istiadat Penganugerahan Darjah-Darjah dan Pingat-Pingat Kebesaran Negeri serta upacara sambutan rasmi bagi lawatan ketua-ketua Negara dan Ketua-Ketua Negeri di Malaysia dimana Tuan Yang Terutama terlibat. Antara upacara rasmi yang dikendalikan oleh jabatan ini juga ialah:-

1) Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
2) Hari Jadi Rasmi Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah
3) Hari Kebangsaan Malaysia
4) Hari- Hari Kebesaran Agama Islam seperti Maal Hijrah dan Hari Keputeraan Nabi Muhammad SAW.
5) Menyelaras Istiadat Penganugerahan Bintang-Bintang kebesaran Negeri.
6) Menyelaras lawatan rasmi Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah.
7) Majlis Santapan Negeri bagi Pembesar-Pembesar Negara dan Negeri di Malaysia.

VISI

Memberi komitmen dan tanggungjawab yang sepenuhnya kepada Tuan Yang Terutama dan Yang Amat Berbahagia Toh Puan

MISI

Menyediakan kemudahan dan perkhidmatan yang terbaik kepada Tuan Yang Terutama dan Yang Amat Berbahagia Toh Puan

Pautan Pantas

CodePen - partners logo slider