Pingat ini merupakan satu-satunya pengurniaan dalam kumpulan perkhidmatan terpuji. Ia dikurniakan kepada pegawai-pegawai kerajaan peringkat bawahan yang telah berkhidmat dengan setianya kepada negeri Sabah tidak kurang daripada 20 tahun berterusan dengan budi pekerti dan kelakuan baik. Pingat ini juga dikurniakan kepada anggota-anggota angkatan tentera dan polis peringkat bawahan dan perkhidmatan berpakaian seragam yang lain yang telah memberikan perkhidmatan terpuji serta cemerlang kepada negeri Sabah, negara dan pasukannya.