Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada setiap para pengunjung di atas kesudian anda melayari Laman Web Istana Negeri Sabah. Sejajar dengan perkembangan Teknologi Maklumat & Komunikasi (ICT) serta isu globalisasi merupakan di antara cabaran yang terpaksa dihadapi dengan bijaksana. Istana Negeri sepertimana juga Jabatan-Jabatan lain perlu mengikut trend semasa menyediakan laman Web sendiri. Laman web merupakan salah satu daripada sumber maklumat/data yang penting kepada para pengguna bagi memperoleh maklumat/data dengan pantas, cepat dan tepat pada masa ini. Selain daripada itu, ianya juga dapat mewujudkan hubungan kerjasama di samping mempercepatkan urusan komunikasi di antara Jabatan. Melalui Internet juga sektor awam berupaya meningkatkan lagi tahap perkhidmatannya dan menyediakan cara penyampaian perkhidmatan yang baru. Dalam masa yang sama, teknik-teknik digital yang digunakan dalam pengurusan awam akan menyumbang kepada kecekapan dan pengubahsuaian yang lebih tinggi dalam sektor awam khususnya dari segi sistem penyampaian. Masyarakat umumnya boleh memperolehi segala maklumat perkhidmatan serta berupaya membuat perhubungan dengan lebih luas.

Sukacita dimaklumkan bahawa maklumat yang tersedia pada masa ini hanya terhad kepada maklumat asas sahaja. Jika anda mempunyai sebarang komen, pandangan atau syor untuk memperbaiki kandungan laman web Istana Negeri, anda dialu-alukan untuk mengajukannya kepada Pembangun Laman Web Istana Negeri demi untuk meningkatkan lagi kualiti maklumat/data yang dimuatkan dalam laman web kami.

Selamat Melayari Laman Web Istana Negeri.

 

ABINAN BIN ASLI
SETIAUSAHA SULIT KEPADA TUAN YANG TERUTAMA