Bintang ini ialah kelas kedua dalam kumpulan Bintang Kinabalu. Ia dikurniakan kepada seseorang yang telah berjasa kepada negeri Sabah dengan cemerlang dan penuh taat setia dengan kebolehan istimewa dan pekerti yang mulia, termasuk perkhidmatan lama (long service). Pengurnian bintang ini tidak terhad jumlahnya.