Darjah ini ialah kelas ketiga dalam kumpulan Darjah Yang Amat Mulia Kinabalu. Darjah ini dikurniakan kepada mereka yang berkedudukan tinggi dan bertaraf tinggi dalam masyarakat serta telah banyak berjasa kepada negeri Sabah, tetapi belum setaraf dengan P.G.D.K dari segi kedudukan dan pengaruh dalam masyarakat dan juga dari segi sumbangannya itu.Tidak ada had bilangan bagi pengurniaan darjah ini dan setiap penerimanya tidak berhak menggunakan apa-apa gelaran pada hadapan namanya.